SEJARAH SEKOLAH





















































•Pada 2 Mei 2013, Encik Yazid b. Yusof yang dilantik sebagai care taker
  merupakan guru pertama yang ditugaskan di Sekolah Menengah Kebangsaan
 Seremban 3.

•Pada 8 Mei 2013 Pn. Noridayu bt. Mohd Nordin pembantu tadbir sekolah
  melaporkan diri untuk bertugas.

• Tn. Hj. Jamaluddin b. Ahmad pula melaporkan diri sebagai Pengetua pada 28
   Mei 2013.

•Mesyuarat guru kali pertama telah diadakan pada 14 Jun 2013 yang turut
  dihadiri oleh En. Mohd Sah b. Zainal Abidin, Pegawai Pendidikan Daerah
  Seremban dan beberapa orang pegawai PPD Seremban. 

Kumpulan murid yang pertama mendaftarkan diri di sekolah ini adalah pada
  17 Jun 2013 iaitu hari pertama persekolahan bagi Sekolah Menengah
  Kebangsaan Seremban 3.

Bilangan murid pada hari pertama tersebut seramai 142 orang iaitu 70
  orang tingkatan 1 dan 72 orang tingkatan 2.

Kebanyakan pelajar datang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mewah
  dan Sekolah Menengah Kebangsaan Mambau.

Bilangan guru pula seramai 10 orang termasuk Pengetua.

Bilangan pelajar seramai 152 orang menjelang sesi 2013 berakhir manakala
  bilangan guru bertambah kepada 16 orang termasuk pengetua, tiga orang
  penolong kanan, dua orang guru kanan mata pelajaran, seorang kaunselor
  dan tiga orang staf sokongan

No comments:

Post a Comment

PENGUMUMAN

Program Perkampungan Ilmu SPM Siri 2